Cari @ Amanz

Fungsi YouTube Offline telah diperkenalkan untuk pengguna di beberapa buah negara sebelum ini, dan kini, Google Malaysia turut telah mula memperkenalkan fungsi berkenaan untuk pengguna tempatan. Melalui fungsi ini, pengguna boleh memuat-turun sesuatu video untuk disimpan pada peranti dan ditonton tanpa memerlukan talian internet.

Melalui YouTube Offline, pengguna boleh memilih kualiti video yang diinginkan, dan ia akan disimpan pada peranti untuk sehingga 48 jam lamanya. Video juga hanya akan ditambah pada YouTube Offline sekiranya pengguna menggunakan aplikasi YouTube pada peranti mudah-alih (Android atau iOS) ketika berhubung dengan rangkaian WiFi.

YouTube Offline

YouTube Offline

Untuk makluman, bukan semua video yang ditawarkan untuk tontonan luar-talian – memandangkan ada penerbit kandungan yang tidak mengaktifkannya pada akaun mereka, terutamanya video-video muzik.

Untuk memuat-turun sesuatu video, anda boleh tap pada ikon muat-turun yang diletakkan dibawah sesuatu video, dan ia akan memulakan proses muat-turun. Menu khusus dilabelkan Offline disediakan pada bahagian tetapan untuk pengguna mengawal beberapa perkara, dan melihat ruangan yang digunakan olehnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd