Google Akan Menamatkan Paparan Iklan Flash Pada Januari 2017

Google Akan Menamatkan Paparan Iklan Flash Pada Januari 2017

Diterbitkan pada Feb 10, 2016 oleh .

Sedikit demi sedikit, teknologi Flash telah digantikan dengan penggunaan HTML5. Google sendiri sebelum ini telah menggantikan pemain media YouTube mereka kepada berasaskan HTML5, dan kini telah mengumumkan akan menamatkan sokongan format Flash untuk paparan iklan melalui AdWords atau DoubleClick bermula 2 Januari 2017 kelak.

Google LogoPenggunaan iklan berasaskan Flash masih meluas pada hari ini, memandangkan ia memudahkan proses membuat animasi. Google sendiri telah mula menawarkan kemudahan untuk mengubah iklan Flash ke HTML5 sebelum ini dalam memudahkan proses mereka menamatkan sokongan format paparan Flash.

Google mengatakan dengan peralihan ini, ia akan menambah baik lagi pengalaman pelayaran web untuk pengguna, tanpa mengira jenis peranti yang digunakan.

Sekiranya anda terlibat dalam arena pemasaran internet, mungkin ada baiknya anda boleh mula belajar membuat iklan menggunakan animasi HTML5 bermula sekarang dalam persediaan untuk perubahan baru ini.


TIPS & ULASAN