Cari @ Amanz

Fungsi multi-akaun akhirnya disokong oleh Instagram bermula semalam. Fungsi ini adalah fungsi yang kami mahukan di dalam artikel Enam Fungsi Yang Kami Mahukan Di Instagram dua tahun yang lalu. Jadi bagaimanakah anda boleh menggunakan fungsi ini pada peranti Android dan iOS anda? Tutorial ini diharap dapat membantu anda mengaktifkan fungsi ini.

Instagram Akaun

  1. Pastikan anda menggunakan versi Instagram terkini.
  2. Pergi ke skrin profil anda. Pada Android pergi ke penjuru atas sebelah kanan dan tekan butang berbentuk tiga titik menegak. Pada iOS ia adalah ikon gear berbentuk bulat.
  3. Tatal sehingga ke bawah. Terdapat pilihan “Add Account”. Agak aneh pilihan untuk log masuk akaun tambahan tidak disenaraikan di bawah sub-pilihan Account sebaliknya terselindung jauh di bahagian bawah skrin tetapan.
  4. Isi butiran log masuk yang diminta. Kini aplikasi Instagram anda boleh menggunakan multi-akaun.
  5. Untuk menukar akaun mana yang aktif, tekan butang profil peribadi yang terletak pada penjuru bawah sebelah kanan skrin.
  6. Lihat pada penjuru atas sebelah kiri yang memaparkan nama akaun yang sedang digunakan.
  7. Nama akaun anda kini boleh ditekan. Sebuah menu akan diperlihatkan apabila ianya ditekan. Pilih akaun yang ingin anda gunakan.
  8. Pada lima butang kawalan Instagram, avatar akaun yang digunakan kini menggantikan butang profil lama yang digunakan sebelum ini.
  9. Untuk log keluar akaun pula sekali lagi pergi ke skrin tetapan. Tatal sehingga ke bawah dan pilih “Log of (nama akaun). Selamat mencuba.

Instagram-Multi-Akaun

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd