Opera Menerima Bidaan Untuk Mengambil-Alih Syarikat Pada Nilai $1.2 Bilion

Opera Menerima Bidaan Untuk Mengambil-Alih Syarikat Pada Nilai $1.2 Bilion

Diterbitkan pada Feb 10, 2016 oleh .

Opera merupakan salah satu pembangun pelayar web yang popular pada platform mudah-alih. Walaupun mempunyai penawaran untuk desktop, namun, pelayar web mereka lebih popular dikalangan pengguna peranti mudah-alih kerana fungsi penjimatan data yang disertakan olehnya.

Opera Baru

Terkini, ia dilihat mereka menerima bidaan untuk mengambil-alih syarikat pada nilai mencapai $1.2 bilion daripada syarikat teknologi dari China, iaitu Qihoo 360, dan beberapa syarikat yang lain.

Opera kini mungkin dalam fasa perbincangan dengan pemegang saham mereka. Opera dijangka mengumumkan penyata kewangan mereka esok, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN