Fon Kepala Edisi Terhad Mega Man Kini Boleh Dimiliki
Artikel Berkaitan

Fon Kepala Edisi Terhad Mega Man Kini Boleh Dimiliki

Diterbitkan pada Feb 10, 2016 oleh .

Mega Man ialah permainan yang boleh kami kategorikan sebagai mengundang kemarahan dan merosakkan alat kawalan. Sebanyak 20 permainan Mega Man dihasilkan tetapi hanya berjaya menghabiskan Mega Man 3 sekali sahaja lebih 20 tahun yang lalu. Watak rekaan Keiji Inafune ini kami percaya dikenali oleh peminat permainan komputer tanpa mengenal usia. Peminat sudah lama menantikan permainan baru Mega Man tetapi kali terakhir ia muncul ialah pada platform mobil dan ia menerima ulasan yang amat mengecewakan.

Megamna-Headphone-1

Hanya beberapa produk edisi khas rasmi dari Capcom mampu mengubat kerinduan peminat. Tahun lalu Capcom mula menjual topi keledar bersaiz sebenar Mega Man. Sempena menyambut ulang tahu Mega Man ke-30 tahun hadapan. sepasang fon kepala berbentuk telinga “The Blue Bomber” dihasilkan oleh Emio. Apabila digunakan lampu LED pada pendakap telinga akan menyala. Setiap fon kepala Mega Man ini dijual pada harga $99.99 sebuah.


TIPS & ULASAN