Gambar Baru Galaxy S7 Edge Hadir – Akan Dijana Menggunakan Android 6.0 Marshmallow

Gambar Baru Galaxy S7 Edge Hadir – Akan Dijana Menggunakan Android 6.0 Marshmallow

Diterbitkan pada Feb 10, 2016 oleh .

Gambar Samsung Galaxy S7 telah tertiris beberapa kali sebelum ini, dan hari ini, gambar baru hadir ke arena web dalam variasi warna kelabu – dan memperlihatkan rekaan yang sedikit melengkung pada bahagian tepi skrin – menandakan ia mungkin adalah Galaxy S7 Edge.

Samsung Galaxy S7 Edge

Samsung bakal memperkenalkan Galaxy S7 secara rasminya pada 21 Februari 2016 ini. Beberapa informasi awal mengenainya telah pun sedia tertiris sebelum ini, mengatakan ia dilengkapi sokongan kalis air, dan membolehkan pengguna memperluaskan ruangan storan melalui kad mikro-SD. Beberapa gambar tertiris sebelum ini juga memperlihatkan Galaxy S7 akan hadir dengan rekaan bonggol kamera belakang yang sedikit kurang berbanding sebelum ini.


TIPS & ULASAN