Kotak Alcatel OneTouch Idol 4S Berubah Menjadi Cermin Mata Realiti Maya

Kotak Alcatel OneTouch Idol 4S Berubah Menjadi Cermin Mata Realiti Maya

Diterbitkan pada Feb 11, 2016 oleh .

Apakah yang anda lakukan pada kotak peranti yang anda miliki? Kami tahu pengguna peranti Apple mempunyai tabiat menyimpan kesemua kotak i-peranti mereka dengan harapan ia akan memudahkan peranti dijual semula di masa hadapan. Secara peribadi kami mempunyai almari khas hanya untuk menyimpan puluhan kotak peranti, konsol permainan video dan komponen komputer yang kami beli. Ia adalah monumen kepada puluhan ribu yang telah dibazirkan semata-mata untuk mengesahkan status kami sebagai seorang geek.  Di akhir hari kesemua kotak peranti ini akan mengumpul debu tidak kira dimana ianya disimpan.

Alcatel-OneTouch-Idol-4S-VR

Alcatel nampaknya mempunyai idea kreatif tentang kotak yang membungkus produk mereka. Kotak untuk Alcatel OneTouch Idol 4S mempunyai fungsi sebagai cermin mata realiti Maya Google Cardboard. Tiada pembaziran dilakukan dan akhirnya kotak tidak akan hanya mengumpul debu selepas dibeli. Alcatel OneTouch Idol 4S dijangka memasuki pasaran Mei ini. Ia mempunyai skrin sebesar 5.5″, diperkasakan pemproses Snapdragon 652, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Giagbyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 16 Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8 Megapixel dengan sokongan flash. Mungkin apa yang dilakukan oleh Alcatel ini boleh ditiru pengeluar lain kerana peranti realiti maya adalah teknologi yang semakin popular tetapi sukar untuk dimiliki kerana harganya yang mahal.


TIPS & ULASAN