LG Memperkenalkan Kerangka Luar Untuk LG G5 – Quick Cover
LG

LG Memperkenalkan Kerangka Luar Untuk LG G5 – Quick Cover

Diterbitkan pada Feb 11, 2016 oleh .

LG masih belum mengumumkan telefon pintar LG G5 mereka secara rasminya. Dalam usaha untuk mengekalkan hype dan membuatkan pengguna kekal bercakap mengenainya, hari ini LG telah mengumumkan aksesori khusus untuk LG G5, iaitu Quick Cover.

LG Quick Case

LG Quick Cover hadir dengan sokongan sentuh, membolehkan pengguna melakukan beberapa perkara seperti menjawab panggilan, mengakses tetapan, dan sebagainya. Menggunakan sokongan skrin yang sentiasa aktif, LG Quick Cover ini juga akan memaparkan masa, dan notifikasi melalui tetingkap kecil untuknya.

LG G5 akan diperkenalkan pada 21 Februari 2016 ini.


TIPS & ULASAN