Twitter Ingin Menambah-Baik Penggunaan Balasan “@” Pada Platform Mereka

Twitter Ingin Menambah-Baik Penggunaan Balasan “@” Pada Platform Mereka

Diterbitkan pada Feb 11, 2016 oleh .

Twitter hari ini telah mengumumkan penyata kewangan mereka untuk suku yang lepas, dan pada masa yang sama mereka turut berkongsi beberapa perancangan untuk perkhidmatan mereka. Salah satunya, Twitter mengatakan mereka akan menambah-baik penggunaan balasan menggunakan “@” pada perkhidmatan mereka.

Twitter Reply

Walaupun fungsi berkenaan yang menggunakan @namapengguna untuk balasan Tweet agak biasa digunakan oleh kebanyakkan pengguna Twitter aktif, beberapa pengguna baru masih tidak begitu biasa dan faham penggunaannya. Perkara ini turut ditonjolkan dalam filem Chef, dimana pelakonnya merasakan beliau menghantar mesej peribadi melalui penggunaan @ dan bukannya balasan umum.

Twitter dilihat ingin mengatasi masalah berkenaan, dan pada masa yang sama, desas-desus sebelum ini mengatakan Twitter tidak ingin mengira penggunaan balasan nama pengguna dalam pengiraan had aksara.

Twitter masih belum berkongsi perancangan mereka, dan mungkin kita akan dapat melihat beberapa perubahan hadir pada suku tahun ini.


TIPS & ULASAN