Cari @ Amanz

Penggunaan peranti berhubung (IOT) ialah teknologi yang bakal meletus dalam masa terdekat. Apabila kesemua peranti di sekeliling kita berhubung antara satu sama lain, ia akan memperbaiki kualiti hidup manusia. Kini sistem kawalan trafik di Cyberjaya akan menggunakan teknologi yang sama bagi memastikan kelancaran trafik. Ujian akan dilakukan di sepanjang Persiaran Multimedia bermula April ini. Fasa pertama ujian akan berlangsung selama empat bulan.

Cyberjaya-Smart-City-IOT

Lampu-lampu isyarat sepanjang Persiaran Multimedia akan dipasang dengan sistem kamera yang berhubung menggunakan rangkaian LTE. Sistem kamera ini boleh menganalisa kelancaran trafik dan mengubah masa lampu berubah secara automatik. Ia juga mampu “bercakap” sesama sendiri bagi memastikan kelancaran pada keseluruhan sistem lalulintas di bawah pengawasannya. Kesemua sistem ini berhubung dengan pusat kawalan trafik bersepadu secara tanpa wayar dan kesemua data akan disimpan secara storan awanan.Cyberjaya dipilih sebagai tempat ujian kerana sesuai dengan statusnya sebagai Lembah Silikom negara dan ini adalah sebahagian daripada projek di bawah Cyberjaya Smart City. Di masa hadapan penggunaan teknologi peranti berhubung ini boleh digunakan untuk melancarkan trafik secara pintar di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Bharu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd