Harga Diumumkan : honor 5X Bermula RM899, honor 7 Enhanced Berharga RM1499

Harga Diumumkan : honor 5X Bermula RM899, honor 7 Enhanced Berharga RM1499

Diterbitkan pada Feb 11, 2016 oleh .

Honor Malaysia telah mengadakan acara media pelancaran honor 5X dan honor 7 Enhanced Edition secara rasminya pada bulan lepas, namun sejak daripadanya, salah satu perkara yang ditanya-tanya pengguna adalah berkaitan dengan harga jualannya. Hari ini, honor Malaysia secara rasminya telah pun mengumumkan harga jualan untuk kedua-dua peranti berkenaan.

honor 5x

Harga Jualan
honor 5X (Kelabu, Perak) RM899
honor 5X Emas RM939
honor 7 EE RM1499
honor 7 RM1399

honor 5X akan ditawarkan dalam dua variasi warna, dimana warna kelabu dan perak akan ditawarkan pada harga RM899, sementara warna emas pula pada harga RM939. honor 5X hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dijana menggunakan cip Snapdragon 615, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel. Menjadi fokus pada peranti ini adalah rekaan berasaskan logam, dan turut hadir dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari. Peranti ini turut dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM dan slot mikro-SD untuk penambahan ruangan storan.

Untuk honor 7 Enhanced Edition pula, ia akan dijual pada harga RM1499. honor 7 Enhanced Edition pula merupakan penambah-baikkan pada peranti honor 7 sebelum ini, hadir dengan warna kerangka emas, dan dilengkapi ruangan storan bersaiz 32GB. honor 7 Enhanced Edition juga turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas yang tidak terdapat pada honor 7.

honor 5x

Pra-tempahan untuk honor 5X akan dimulakan melalui laman VMall pada 16 Februari 2016 tengah hari sehingga tengah malam, dan penghantaran akan dilakukan pada 19 Februari 2016.

Jualan terbuka untuk honor 7 Enhanced Edition akan dibuka pada 16 Februari, sementara untuk honor 5X pula pada 23 Februari 2016.

Kedua-dua peranti ini turut hadir dengan sokongan jaminan tukar satu-ke-satu selama enam bulan.


TIPS & ULASAN