Carian
Aplikasi Microsoft Akan Hadir Terbina Pada Tablet Dan Telefon Pintar Acer
February 11, 2016 Aman

Microsoft sebelum ini telah bekerjasama dengan beberapa pengeluar peranti untuk menyertakan aplikasi mereka seperti OneDrive, Skype dan sebagainya secara terbina. Kini, mereka memperluaskannya, dan turut mengumumkan kerjasama dengan pihak Acer.

Acer Liquid Z200

Melalui kerjasama ini, peranti Android akan datang daripada Acer – sama ada tablet atau telefon pintar, akan menyertakan aplikasi Microsoft seperti Word, Excel, Outlook, Skype dan OneNote.

Disamping Acer, antara syarikat lain yang telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Microsoft sebelum ini adalah termasuk Samsung, Sony, dan juga Asus.

Komen