Cari @ Amanz

Terdapat banyak maklumat mengenai peranti tertiris semakin hampir kita kepada MWC2016. Rekaan dan juga spesifikasi penuh Samsung Galaxy S7 kini bukan lagi misteri kerana sudah beberapa kali tertiris . Rekaan peranti utama HTC One M10 juga menerima nasib yang sama. Kini ini spesifikasi kamera peranti ini pula tertiris. Akaun Twitter @LlabTooFeR mendakwa One M10 akan menggunakan kamera Ultrapixel pada kamera belakang dan hadapan. Kamera belakang menggunakan sensor sebesar 13 Megapixel keluaran Sony IMX377, PDAF dan pemfokusan laser. Kamera hadapan pula menggunakan sensor sebesar 5 Megapixel keluaran Samsung.

HTC One M10

Sensor Ultrapixel pada peranti utama ini ialah kali pertama ia digunakan semula selepas One M8. Nampaknya HTC tidak mahu mengulangi kesilapan yang mereka lakukan pada One M9 kerana menggunakan sensor 20 Megapixel Toshiba yang memberikan kualiti gambar yang mengecewakan. HTC One M10 hanya dijangka dilancarkan pada April ini selepas MWC2016. Dengan skrin 5.2″ dan pemproses Snapdragon 820 HTC berharap M10 kini lebih mudah bersaing dengan peranti utama pengeluar lain tidak seperti apa yang berlaku tahun lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd