Need For Speed Versi PC Akan Dilancarkan Pada Bulan Hadapan – Mac 2016

Need For Speed Versi PC Akan Dilancarkan Pada Bulan Hadapan – Mac 2016

Diterbitkan pada Feb 12, 2016 oleh .

Electronic Arts telah hadir dengan permainan Need for Speed untuk PlayStation 4 pada tahun lepas, dan kini, variasi PC untuk permainan sama akan hadir pada 15 Mac kelak. Beberapa ciri-ciri tambahan turut akan disertakan pada versi PC – yang mana masih tiada versi konsol buat masa ini.

Melalui permainan lumba kereta untuk PC ini, EA akan menyertakan sokongan paparan resolusi 4K melaluinya – membolehkan anda menikmati grafik permainan pada resolusi yang sangat tinggi pada komputer anda. Disamping itu, EA turut menyertakan sokongan manual-transmission, serta seperti biasa sokongan kemaskini kandungan.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mula kumpul duit untuk mendapatkan permainan ini. Ataupun sebaliknya, mungkin nantikan beberapa tahun dengan harapan pihak EA menawarkannya melalui Origin secara percuma.


TIPS & ULASAN