Watch Dogs 2 Akan Hadir Mac 2017
Artikel Berkaitan

Watch Dogs 2 Akan Hadir Mac 2017

Diterbitkan pada Feb 12, 2016 oleh .

Watch Dogs ialah permainan yang menerima banyak kritikan negatif. Kritikan paling kerap didengari ialah Ubisoft mengurangkan kualiti visual permainan ini berbanding apa yang dipaparkan pada trailer pengenalannya pada E3 2012. Pemain dijanjikan dunia di mana semua benda boleh digodam dan teknik permainan ini tidak pernah dilihat sebelum ini. Kami membeli permainan ini dan berharap akan dapat menjadi penggodam paling berbahaya di Chicago. Tetapi selepas tiga jam permainan kami berhenti bermain kerana Watch Dogs membuatkan kami merasa seperti kami segerombolan script kiddies dan bukannya Kevin Mitnick.

Watch Dogs

Sungguhpun begitu ia masih terjual lebih dari 9 juta salinan. Ini adalah bersamaan dengan jumlah MGSV: The Phantom Pain yang terjual setakat ini. Kerana sambutan yang baik ini kesinambungan kepada kisah Aiden Pearce memang tidak dapat dielakkan. Hari ini Ubisoft mengesahkan Watchs Dogs 2 akan hadir sekitar Mac 2017. Diharap Ubisoft mempelajari kesilapan dari permainan asal seperti jalan cerita yang membosankan dan kepintaran rekaan komputer yang kurang bijak. Pada waktu yang sama jika trailer Watch Dogs 2 keluar kelak, tolong jangan cuba menipu pengguna sekali lagi.


TIPS & ULASAN