Snapdragon Wear 2100 Dilancarkan – Pemproses Khas Untuk Peranti Boleh-Pakai

Snapdragon Wear 2100 Dilancarkan – Pemproses Khas Untuk Peranti Boleh-Pakai

Diterbitkan pada Feb 12, 2016 oleh .

Peranti boleh-pakai seperti jam tangan pintar sekarang menggunakan pemproses Snapdragon 400. Cip pemproses ini pada asalnya direka untuk telefon pintar dan bukannya peranti boleh pakai dan ini menyebabkan mengapa hayat jam tangan pintar yang menggunakannya agak pendek. Qualcomm hari ini melancarkan Snapdragon Wear 2100. Ia adalah cip pemproses pertama dari mereka yang direka khas untuk peranti boleh-pakai. Ia adalah 30 peratus lebih kecil berbanding Snapdragon 400 dan 25 peratus lebih menjimatkan penggunaan tenaga.Ini bermakna pengeluar boleh menghasilkan peranti boleh-pakai yang lebih nipis berbanding apa yang dilihat sekarang.

Snapdragon Wear 2100

Cip ini dilengkapi empat teras Cortex A7 pada kelajuan 1.2 GHz dengan cip grafik Adreno 304. Pada majlis pelancaran Qualcomm mengesahkan LG akan menjadi pengeluar pertama yang akan menggunakan Snapdragon Wear 2100 pada jam tangan pintar mereka yang bakal dilancarkan tahun ini. Menarik sekali sungguhpun direka untuk peranti boleh-pakai, pemproses ini disahkan oleh Qualcomm turut boleh digunakan untuk telefon pintar berspesifikasi rendah. Dengan adanya cip yang direka khas untuk peranti boleh-pakai, hayat penggunaan jam tangan pintar generasi seterusnya akan boleh bertahan selama seminggu.

 


TIPS & ULASAN