Carian
Instagram Kini Akan Mula Memaparkan Berapa Kali Video Anda Telah Ditonton
February 12, 2016 Aman

Instagram VideoInstagram sedia menyokong muat-naik video ringkas sejak daripada tahun 2013, membolehkan pengguna memuat-naik bukan terhad kepada gambar semata-mata. Namun, pada platform tersebut, sehingga kini ia hanya memaparkan angka Like sahaja, dan tidak memperlihatkan angka tontonan.

Perkara tersebut kini berubah, apabila kini pihak Instagram turut telah mula memaparkan berapa kali sesuatu video berkenaan telah ditonton oleh pengguna lain. Paparan tontonan ini akan diperlihatkan menggantikan angka Like pada video.

Pengiraan angka tontonan ini akan menjadi salah satu metrik yang lebih baik untuk penganalisaan, sekaligus memudahkan lagi mereka yang menggunakan Instagram untuk pemasaran menilai hasil pemasaran mereka.

Instagram mengatakan mereka akan mulakan ujian paparan ini bermula hari ini, dan diperkenalkan secara meluas kepada semua pengguna dalam beberapa minggu lagi.

Komen