Google pada tahun ini dilihat akan lebihkan fokus mereka dalam arena realiti-maya berbanding tahun sebelumnya. Ia sedia dikatakan Google kini telah mempunyai bahagian khusus untuk Google VR, dan beberapa laporan lanjut sejaknya telah hadir, turut mengatakan teknologi realiti-maya akan diintegrasikan pada versi Android akan datang.
Terkini, menurut laporan baru, Google dikatakan sedang membangunkan set kepala realiti-maya yang boleh beroperasi tanpa memerlukan skrin telefon pintar. Ini bermakna, set realiti-maya yang sedang dibangunkan oleh Google mampu beroperasi sendiri tanpa memerlukan peranti tambahan lain.
Perkara ini agak berbeza dengan penggunaan Google Cardboard, yang bergantung kepada skrin peranti mudah-alih dan sensor padanya.
Walaubagaimanapun, ia dijangka mungkin tidak berkuasa seumpama PlayStation VR atau Oculus Rift.
Disamping set ini, pihak Google juga turut sedang membangunkan satu lagi variasi peranti realiti-maya mereka, yang mana akan menyerupai Gear VR dan lebih kepada penambah-baikkan Google Cardboard sedia ada.