Telekom Malaysia Meningkatkan Pegangan Pada P1 Kepada 72.9%

Telekom Malaysia Meningkatkan Pegangan Pada P1 Kepada 72.9%

Diterbitkan pada Feb 12, 2016 oleh .

Telekom Malaysia kini dalam proses memperkenalkan rangkaian mudah-alih mereka sendiri melalui P1, dan dalam usaha berkenaan, terkini mereka turut meningkatkan pegangan mereka pada syarikat telekomunikasi Packet One Networks (P1). Melalui perubahan ini, pegangan TM yang sebelumnya adalah lebih 50%, kini ditingkatkan menjadi 72.9%.

TM P1

Penambahan ini dilakukan oleh Telekom Malaysia melalui penukaran awal nota jangka sederhana boleh-tukar yang telah dilanggan anak syarikat TM pada September 2015 lepas.

Dengan perubahan ini, kini Green Packed Bhd mempunyai pegangan sebanyak 18.9% pada syarikat P1, sementara SK Telecom pula memegang baki 8.2%.

Telekom Malaysia sebelum ini telah membuat pelaburan pada P1 untuk memegang saham majoriti pada 2014 yang lepas. Sejak daripadanya pelbagai perkara telah dirancang, dan pihak Telekom Malaysia dijangka akan memperkenalkan rangkaian mudah-alih mereka melalui P1 pada pertengahan pertama 2016 ini.


TIPS & ULASAN