Cari @ Amanz

Lenovo P1 telah diperkenalkan pada penghujung tahun lepas dengan spesifikasi pertengahan, dan dijual di Malaysia pada harga RM1199. Kini, menjelang tahun baru, pihak Lenovo dilihat telah mengemaskini penawaran mereka, dan telah mula menjual Lenovo P1 Turbo di Indonesia.

Lenovo P1 Turbo

Lenovo P1 Turbo membawakan penawaran yang menyerupai Lenovo P1 sebelum ini, tetapi pada bahagian kamera, ia kini dikemaskini dengan kamera 16-megapixel.

Spesifikasi lain adalah lebih kurang sama dengan Lenovo P1, termasuk penggunaan skrin 5.5-inci, cip pemprosesan Snapdragon 615, memori 2GB RAM, ruangan storan 32GB, dan bateri berkapasiti 5000mAh.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Lenovo Malaysia akan memasarkan ia di Malaysia ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd