Cari @ Amanz

Selain Snapdragon Wear 2100, Qualcomm juga melancarkan tiga cip pemproses Snapdragon 625, 435 dan 425 hari ini. Ketiga-tiganya membawakan pembaharuan kepada beberapa pemproses di dalam siri 600 dan 500 sebelum ini. Snapdragon 625 mengurangkan penggunaan bateri sebanyak 35% berbanding Snapdragon 617. Pemproses 2.0 GHz lapan teras ini turut menyokong rakan video 4K HEVC menerusi kamera utama sehingga 24 Megapixel dan kamera hadapan sehingga 13 Megapixel. Kemampuan grafik dipertingkatkan dengan penggunaan cip grafik Adreno 506 berbanding Adreno 405 pada Snapdragon 617. Pengecasan pantas QuickCharge 3.0 disokong oleh pemproses ini.

Snapdragon

Snapdragon 435 pula ialah penambahbaikan dari Snapdragon 430 yang dilancarkan September tahun lalu. Ianya pemproses 1.4 GHz lapan teras, dilengkapi cip grafik Adreno 505, menyokong modem X8 LTE, dan pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Akhir sekali Snapdragon 425 ialah pemproses 1.4 GHz empat teras, dilengkapi cip grafik Adreno 308, meyokong modem X6 LTE dan pengecasan pantas QuickCharge 2.0. Ia adalah penambaikan dari pemproses kelas permulaan Snapdragon 412. Ketiga-tiga pemproses baru ini bukanlah pemproses kelas tinggi tetapi kesemunya menyokong pengecasan pantas. Di masa hadapan tiada alasan lagi peranti perlu dicas melebihi 80 minit dan sekurang-kurangnya satu ramalan teknologi 2016 kami bakal menjadi kenyataan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd