LibreOffice 5.1 Hadir Dengan Kemaskini Antaramuka – Sedia Dimuat-Turun Pada Windows, Linux, Mac

LibreOffice 5.1 Hadir Dengan Kemaskini Antaramuka – Sedia Dimuat-Turun Pada Windows, Linux, Mac

Diterbitkan pada Feb 12, 2016 oleh .

Bercakap mengenai perisian pejabat alternatif untuk Microsoft Office, dan pada masa yang sama, ditawarkan secara percuma – ramai akan menyebut LibreOffice. Terkini, pembangunnya telah pun menerbitkan versi terkini perisian mereka yang boleh dimuat-turun pada Windows, Linux dan juga Mac OS X.

LibreOffice

Pada LibreOffice 5.1, pembangunnya kini telah mengemaskini paparan antaramuka – dimana kini ia lebih tersusun, dan pengguna boleh mengakses pelbagai fungsi dengan lebih pantas dan mudah. Beberapa ikon dan menu juga telah diposisikan semula mengikut keperluan dan penggunaan pengguna.

Disamping kemaskini antaramuka, pihak LibreOffice juga meneruskan sokongan pelbagai jenis format pada perisian produktiviti mereka ini, dan kini turut menyertakan beberapa sokongan tambahan pada Spreadsheet.

Bagi anda yang menggunakan LibreOffice, anda boleh memuat-turun kemaskininya hari ini, ataupun bagi anda yang ingin mencuba, boleh memuat-turun LibreOffice 5.1 secara percuma hari ini.

Muat-Turun LibreOffice


TIPS & ULASAN