Rakuten Bakal Menutup Laman Jual-Beli Mereka Di Malaysia

Rakuten Bakal Menutup Laman Jual-Beli Mereka Di Malaysia

Diterbitkan pada Feb 12, 2016 oleh .

Rakuten merupakan salah satu nama besar dalam arena internet dari Jepun, dan turut mempunyai operasi mereka di Malaysia. Mereka telah menyediakan laman jual-beli (marketplace) mereka di Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas, namun ia boleh dikatakan agak kurang popular berbanding beberapa pesaing lain seperti Lazada mahupun 11Street.

Terkini, bergerak ke hadapan, Rakuten mengumumkan mereka akan menamatkan operasi mereka di Malaysia, Indonesia dan juga Singapura. Rakuten akan menamatkan marketplace mereka di ketiga-tiga negara ini menjelang bulan Mac 2016 kelak.

Walaupun mengambil langkah untuk menamatkan marketplace mereka, Rakuten dikatakan akan memperkenalkan laman jualan antara pengguna di rantau Asia Tenggara ini. Namun, ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum diperkenalkan, ataupun mungkin Rakuten memasarkan dengan lebih agresif aplikasi Carousell yang telah menerima pelaburan mereka.


TIPS & ULASAN