Asics merupakan salah satu syarikat pakaian sukan terkemuka dari Jepun, dan terkini, mereka telah mengambil-alih salah satu aplikasi popular dikalangan mereka yang aktif berlari mahupun bersukan, iaitu Runkeeper.
Pengambil-alihan Runkeeper ini sekaligus memudahkan penyertaan pihak Asics dalam arena digital. Ia turut dikatakan pengguna Runkeeper yang gemar berlari juga ramai yang menggunakan kasut daripada Asics.
Walaupun berlaku perubahan pada pengurusan, tiada perubahan drastik untuk pengguna, dan aplikasi Runkeeper masih beroperasi seperti biasa buat masa ini.