Apple Mengumumkan Program Ganti Kembali Kabel USB-C Untuk Macbook 12-inci

Apple Mengumumkan Program Ganti Kembali Kabel USB-C Untuk Macbook 12-inci

Diterbitkan pada Feb 13, 2016 oleh .

Pada tahun lepas, Apple telah memperkenalkan komputer riba Macbook bersaiz 12-inci yang buat pertama kalinya hadir bersama-sama dengan sokongan port USB Type-C. Ini membuatkan pihak Apple menyertakan kabel USB-C khusus bersama-sama Macbook yang dijual pada tahun lepas.

Kabel Apple USB-C

Kini, Apple mendapati kabel yang telah disertakan pada Macbook yang dijual sehingga Jun 2015 yang lepas mempunyai masalah rekabentuk, dan ia mungkin memberikan kesan ketika proses pengecasan sedang dilakukan.

Sebagai ganti kepadanya, kini Apple telah mengumumkan proses ganti semula kabel berkenaan, dimana pelanggan yang berkenaan akan mendapat kabel ganti tersebut secara percuma.

Bagi anda yang mendapatkan Macbook 12-inci pada tahun lepas, mungkin boleh menyemak sama ada kabel anda terkesan ataupun sebaliknya, dan jika ya mungkin boleh memohon untuk kabel anda digantikan semula.

Layari : Program Ganti Kembali Kabel Apple USB-C


TIPS & ULASAN