Cari @ Amanz

Edisi khas permainan video biasanya dijual pada harga yang lebih mahal daripada edisi biasa. Pelbagai barangan edisi terhad perba disertakan seperti figura aksi (Assassin’s Creed IV Black Flag), peta rahsia (GTA V) dan juga cermin mata pandangan malam (COD Modern Warfare 2). Harga jualan pula adalah sekitar beberapa ratus Dollar. Edisi khas Dying Light : The Following keluaran Techland ialah edisi khas paling melampau harga jualannya kerana mencecah $10 Juta.

Dying-Light-Edisi-Khas-2

Dengan pembelian edisi khas ini pembeli akan menerima empat salinan permainan yang setiap satunya ditandatangani oleh kakitangan Techland. Selain itu mereka juga akan menerima tawaran berlakon di dalam filem Dying Light, menghadiri kelas lakonan, kelas parkour dan beberapa lagi pakej menarik. Hanya satu edisi khas ini akan dijual dan sekiranya anda berminat memilikinya tawaran masih terbuka kepada semua. Ini bukan kali pertama Techland menawarkan edisi khas pada harga yang melampau. Sebelum ini mereka menawarkan Dying Light edisi khas pada harga $250000. Dengan harga jualan $10 Juta, ini juga bermakna edisi khas Dying Light : The Following ialah permainan termahal pernah dijual memintas Saints Row IV yang dijual pada harga $1 Juta tiga tahun yang lalu.

Dying-Light-Edisi-Khas-1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd