Pemindahan Data Sepantas 1.125 Tbps Berjaya Dilakukan Di United Kingdom

Pemindahan Data Sepantas 1.125 Tbps Berjaya Dilakukan Di United Kingdom

Diterbitkan pada Feb 14, 2016 oleh .

Purata kelajuan Internet di Malaysia ialah 4.9 Mbps manakala kelajuan Internet 4G kita pula ialah 12 Mbps. Ini sekaligus meletakkan Malaysia di tangga ke-73 di dalam senarai kelajuan Internet purata dunia. Korea Selatan di tangga teratas dengan kelajuan purata 20.5 Mbps. United Kingdom ialah negara yang sering dilihat sebagai negara contoh oleh rakyat Malaysia. Tetapi purata kelajuan internet di negara ini ialah 13 Mbps manakala purata kelajuan 4G pula setaraf dengan Malaysia. Bagi sebuah negara yang menanggap dirinya sebagai kuasa besar dunia ini adalah amat memalukan.

Data-Transfer

Tetapi kelajuan internet perlahan ini mungkin akan menjadi kisah silam seperti Empayar British kerana teknologi pemindahan amat pantas berjaya diuji di Univesity College London. Penyelidik di univerisiti ini berjaya melakukan pemindahan data elektronik pada kelajuan 1.125 Tbps. Ini dilakukan menggunakan teknologi baru yang mengurangkan kehilangan isyarat data ketika pemindahan dilakukan. Data dipisahkan kepada 15 saluran yang memindahkan data secara optikal pada panjang gelombang yang berbeza. Setibanya di destinasi kesemua 15 saluran digabungkan semula kepada asal. Dengan menggunakan 15 saluran berbeza dengan panjang gelombang berbeza, kehilangan data akibat noise dapat dilelakkan. Ujian ini dilakukan pada jarak dekat maka kelajuan sepantas 1.125 Tbps ini tidak mungkin berlaku dalam kegunaan dunia sebenar. Sungguhpun begitu pihak UCL akan melakukan ujian sekali lagi kali ini menggunakan sambungan kabel optikal bagi melihat kelajuan yang mampu dicapai menggunakan infrastruktur yang wujud sekarang. Mungkin dalam masa 10 tahun lagi memuat turun fail sebesar 1 Terabyte dalam masa hanya beberapa saat akan menjadi realiti.

 


TIPS & ULASAN