PowerEgg – Dron Berbentuk Seperti Telur

PowerEgg – Dron Berbentuk Seperti Telur

Diterbitkan pada Feb 15, 2016 oleh .

Menerbangkan dron ialah aktiviti riadah yang berkembang maju tahun lalu. Kami melihat banyak komuniti dron muncul di laman media sosial dan mereka menerbangkan pesawat mereka di taman-taman awam ketika hujung minggu. Dron yang wujud di pasaran sekarang mempunyai satu masalah iaitu ianya tidak mudah dibawa ke mana-mana. Cabang yang memegang kipas diperbuat daripada plastik dan pemilik risau ia akan patah sekiranya tidak disimpan dengan baik ketika di dalam kereta.

PowerEgg-Dron-1

PowerEgg ialah dron yang bukan sahaja kelihatan futuristik tetapi mudah dibawa kemana-mana. Empat cabang yang memagang kipas quadrotor akan dilipat masuk ke dalam tubuh PowerEgg apabila tidak digunakan. Di dalam mod penerbangan ia akan terbuka dan empat kaki pendarat juga akan terkeluar dari tubuh dron ini. Rekaan PowerEgg mengingatkan kami kepada Eva dari filem animasi Wall-E. Dron berbentuk telur ini turut dilengkapi kamera yang boleh merakan video 4K dan sistem penstabilan kamera 3 paksi. Ia dijangka dijual penghujung tahun ini tetapi harga masih belum ditetapkan.

PowerEgg-Dron-2


TIPS & ULASAN