Carian
Airbus Mempatenkan Tempat Simpanan Bagasi Di Bawah Tempat Duduk
February 15, 2016 Effi Saharudin

Ruang simpanan bagasi di dalam pesawat ialah masalah yang berkurun lamanya. Ini adalah sebab mengapa ramai sanggup berebut-rebut untuk menjadi insan pertama di dalam pesawat apabila pintu dibuka. Mereka mahu memastikan bagasi peribadi dapat disimpan di dalam rak begasi di atas tempat duduk. Sekiranya ruang sudah penuh, anda terpaksa meletakkan beg di atas lantai. Ini menyebabkan ruang untuk melunjurkan kaki dalam penerbangan jauh menjadi terhad.

Paten-kerusi-Airbus-1

Airbus mempatenkan rekaan kerusi baru dengan tempat simpanan terbina. Kotak simpanan diletakkan di bawah kusyen tempat duduk. Dengan rekaan baru ini ruang melunjurkan kaki akan kekal kosong dan pada waktu yang sama beg lebih selamat kerana tidak terletak di tempat terbuka. Terasa lebih selesa untuk ke tandas tanpa perlu risau barangan dicuri. Tidak diketahui sama ada rekaan ini akan digunakan pada pesawat buatan mereka. Sebelum ini mereka juga mempatenkan pesawat hypersonik dan juga pesawat dengan kabin yang boleh ditanggalkan bagi mempercepatkan proses keluar masuk penumpang.

Paten-kerusi-Airbus-2

Komen