Cari @ Amanz

Samsung bakal mengumumkan telefon pintar terbaru mereka pada hari Ahad depan, 21 Februari 2016 – dimana mereka dijangka memperkenalkan Galaxy S7 dan juga Galaxy S7 Edge. Beberapa info berkenaan dengannya telah pun sedia tertiris sebelum ini, dan kini lagi gambar baru hadir.

Galaxy S7

Gambar baru yang hadir memperlihatkan rekaan Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge pada bahagian hadapan dan juga belakang, dan dilihat akan hadir dalam tiga variasi warna berbeza.

Samsung Galaxy S7 dijangka hadir dengan kemaskini pada penawaran bateri dan prestasi, disamping menawarkan sokongan mikro-SD, dan menyertakan sokongan kalis air.

Galaxy S7 Edge

Galaxy S7 Edge

Samsung Galaxy S7 Edge ini pula akan mengekalkan rekaan melengkung pada bahagian kiri dan kanan peranti, menawarkan beberapa ciri-ciri tambahan melalui bahagian tepi peranti berkenaan. Sokongan pengimbas cap jari dijangka dikekalkan melalui butang utama peranti berkenaan, disamping menyertakan beberapa fungsi tambahan yang lain.

Daripada gambar tertiris baru ini, apa pendapat anda berkaitan dengannya, dan adakah anda akan mendapatkan peranti ini kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd