uTorrent Memperkenalkan Pelan Bebas Iklan Dengan Langganan Tahunan $4.95

uTorrent Memperkenalkan Pelan Bebas Iklan Dengan Langganan Tahunan $4.95

Diterbitkan pada Feb 14, 2016 oleh .

uTorrent merupakan salah satu perisian yang digunakan untuk memuat-turun torrent menggunakannya, sebagai contoh sekiranya ingin muat-turun fail distro Linux dan sebagainya. uTorrent merupakan perisian berbentuk freemium dan telah beroperasi untuk beberapa tahun.

uTorrent

Sebelum ini, mereka hanya menawarkan langganan uTorrent Pro sahaja, dan terkini mereka menambah sebuah lagi langganan baru, dinamakan sebagai uTorrent Ad-Free. Melaluinya, pengguna boleh membuat langganan pada harga tahunan $4.95 yang menawarkan penggunaan perisian bebas iklan.

Untuk makluman, bagi versi percuma, ia hadir dengan sokongan iklan, dan mungkin kadang-kala ada pengguna yang tidak ingin melihat paparan iklan pada perisian tersebut, dan pelan ini memberikan kelebihan kepada pengguna tersebut berbanding perlu mengeluarkan lebih wang untuk langganan Pro.


TIPS & ULASAN