Contoh Gambar Yang Diambil Menggunakan Xiaomi Mi5 Diperlihatkan

Contoh Gambar Yang Diambil Menggunakan Xiaomi Mi5 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Feb 15, 2016 oleh .

Xiaomi Mi5 akan dilancarkan 24 Februari ini di MWC2016. Ini ialah kemunculan pertama mereka di Barcelona dan dari komen yang kami terima, kami merasakan ramai yang tidak sabar untuk mengetahui spesifikasi Mi5. Apa yang diketahui setakat ini ialah akan diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 820 dan mempunyai pengimbas cap jari. Dari segi optik pula kamera utama adalah sebesar 16 Megapixel dan kamera hadapan 8 Megapixel. Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi dan contoh gambar yang diambil menggunakan Mi5 mula dikongsi oleh pihak Xiaomi.

Xiaomi-Mi5-sample-1

Gambar di atas ialah gambar yang dikongsi sendiri oleh Hugo Barra di laman Facebook beliau. Gambar diambil menggunakan mod HDR. Pada waktu yang sama presiden Xiaomi Lin Bin berkongsi dua gambar yang diambil di tepi pantai menerusi laman Weibo. Gambar burung yang sedang terbang ini dimuat naik untuk memperlihatkan kemampuan pemfokusan pantas Mi5. Burung yang sedang terbang kelihatan jelas dan tidak kabur. Apa pula pendapat anda? Adakah kualiti gambar yang diperlihatkan ini memuaskan? Sama-sama nantikan kemunculan Xiaomi Mi5 kelak.

Xiaomi-Mi5-sample-2Xiaomi-Mi5-sample-3


TIPS & ULASAN