Mengubah Tarikh iPhone Kepada 1 Januari 1970 Boleh Membuatnya Ia Gagal Berfungsi

Mengubah Tarikh iPhone Kepada 1 Januari 1970 Boleh Membuatnya Ia Gagal Berfungsi

Diterbitkan pada Feb 15, 2016 oleh .

Terdapat beberapa prank baru hadir ke arena internet untuk beberapa hari ini, mengatakan pengguna boleh mengaktifkan tema retro untuk iPhone dengan mengubah tarikhnya kepada 1 Januari 1970. Perkara ini adalah tidak benar, sebaliknya, ia boleh membuatkan telefon pintar iOS anda tersebut tidak berfungsi.

Masalah ini dialami oleh peranti iOS yang menggunakan sistem 64-bit, iaitu iPhone 5s dan terkini, iPad Air dan terkini, iPad Mini dan terkini, serta iPod Touch 6 dan terkini.

Masalah ini dilaporkan berpunca disebabkan oleh kerana 1 Januari 1970 merupakan tarikh pertama dalam Unix, dan sistem Unix mengira tarikh dan masa berdasarkan pengiraan saat. Ia dispekulasikan masalah pada iPhone ini berpunca mungkin disebabkan cara sistem iOS 64-bit mengendalikan perkara ini sedikit berbeza dan mungkin menggunakan nilai hampir kepada sifar yang membawa kepada masalah ini.

Walaupun masalah ini dilihat suatu perkara yang serius, namun, ia mungkin tidak memberikan masalah kepada pengguna peranti iOS 64-bit, memandangkan ia mengambil masa untuk pengguna mengubah tarikh pada peranti berkenaan kepada lebih kurang lima dekad kebelakang.


TIPS & ULASAN