LG Akan Hadir Dengan Telefon Pintar Siri-X Pada MWC 2016
LG

LG Akan Hadir Dengan Telefon Pintar Siri-X Pada MWC 2016

Diterbitkan pada Feb 15, 2016 oleh .

LG pada MWC 2016 dijangka memperkenalkan telefon pintar flaghip mereka, iaitu LG G5. Disamping LG G5, pihak LG juga dilihat bakal memperkenalkan satu lagi keluarga telefon pintar baru memfokuskan kepada ciri premium, iaitu keluarga LG X.

Dua model pertama pada siri ini adalah LG X cam dan juga LG X screen.

LG X

LG X cam hadir dengan sokongan dwi-kamera pada bahagian belakangnya, menawarkan kebolehan rakaman yang sangat baik melaluinya seumpama pada peranti utama mereka. Pengumuman ini juga sekaligus seumpama memperlihatkan LG G5 akan hadir dengan sokongan dwi-kamera pada bahagian belakangnya.

Dari segi spesfiikasi, ia akan dilengkapi skrin 5.2-inci, cip 1.14Ghz lapan teras, kamera belakang gabungan 13-megapixel dan 5-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel. Peranti ini akan dilengkapi memori 2GB RAM, dan menggunakan Android 6.0 Marshmallow.

LG X screen pula akan memfokuskan kepada paparan skrin telefon pintar berkenaan, dan menyertakan teknologi “Always-On”. Ia akan hadir dengan skrin kedua bersaiz 1.76-inci yang terletak pada skrin utama 4.93-inci – memperlihatkan pelbagai notifikasi dan status peranti dengan mudah menggunakannya.

Dari segi spesifikasi, LG X screen menggunakan cip empat-teras 1.2Ghz, memori 2GB RAM, dan kamera belakang 13-megapixel, serta kamera hadapan 8-megapixel. Seperti LG X cam, ia juga dijana menggunakan Android 6.0 Marshmallow.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Pihak LG mengatakan akan mula memasarkannya di rantau Asia, Eropah dan Amerika Latin bermula Mac 2016 ini.


TIPS & ULASAN