Aplikasi ParkEasy Dilancarkan Dalam Beta Terbuka – Menyokong Parkir Sunway Pyramid

Aplikasi ParkEasy Dilancarkan Dalam Beta Terbuka – Menyokong Parkir Sunway Pyramid

Diterbitkan pada Feb 15, 2016 oleh .

ParkEasy merupakan salah satu aplikasi yang ingin memudahkan pengguna membuat tempahan lokasi parkir di pusat membeli-belah, sekaligus memudahkan proses anda mencari lokasi parkir setibanya di pusat membeli-belah berkenaan.

ParkEasy

Aplikasi ini telah dibangunkan sejak tahun lepas, dan akhirnya, kini ia telah dilancarkan dalam bentuk beta terbuka.

Buat masa ini, ParkEasy menyokong tempahan parkir di Sunway Pyramid pada hari bekerja (Isnin-Jumaat). Menggunakannya, anda hanya perlu membuka aplikasi ParkEasy, membuat tempahan, dan terus ke lokasi parkir anda setibanya di Sunway Pyramid – dan tidak lagi perlu berpusing-pusing mencari lokasi yang parkir yang kosong.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ParkEasy ini, dan menggunakannya dalam urusan membuat tempahan lokasi parkir.

Muat-Turun ParkEasy untuk Android


TIPS & ULASAN