Carian
EA Origin Access Kini Boleh Dilanggan Di Malaysia – Netflix Untuk Permainan Video Windows
February 15, 2016 Aman

Pada bulan Januari yang lepas, pihak Electronic Arts telah memperkenalkan sebuah perkhidmatan baru dinamakan sebagai Origin Access. Melaluinya, ia membolehkan pengguna melanggan permainan video platform PC untuk langganan bulanan.

Origin Access

Ketika pengenalan, penawaran Origin Access ini hanya terhad kepada pengguna di beberapa buah negara sahaja. Kini, perkara berkenaan berubah, dan pengguna di Malaysia turut boleh mengaksesnya.

Dengan EA Origin Access, pengguna perlu membayar S$6.45 (~RM19.04), dan akan mendapat akses kepada koleksi permainan PC, boleh mencuba permainan EA sebelum ia dilancarkan, dan menerima diskaun 10% pada pembelian Origin.

Buat masa ini, terdapat lebih kurang 15 permainan menarik termasuk FIFA 15, Battlefield, Need for Speed Rivals, dan macam-macam permainan lain lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman EA Origin Access dan melanggannya jikalau anda sering menghabiskan masa yang lama memainkan permainan video di komputer anda.

Komen