Microsoft Lumia 650 Diperkenalkan – Peranti Windows 10 Dengan Kerangka Logam

Microsoft Lumia 650 Diperkenalkan – Peranti Windows 10 Dengan Kerangka Logam

Diterbitkan pada Feb 15, 2016 oleh .

Microsoft hari ini telah mengumumkan telefon pintar terbaru mereka dalam keluarga Lumia, iaitu Lumia 650. Seperti semua sedia maklum, dengan menggunakan nama Lumia, ia dijana menggunakan sistem operasi Windows, iaitu Windows 10 Mobile.

Microsoft Lumia 650

Lumia 650 hadir menggunakan skrin bersaiz 5-inci OLED, dan menggunakan rekaan berasaskan logam – sekaligus membawakan rekaan berbentuk peranti premium pada telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan untuk Windows 10 Mobile.

Untuk rakaman gambar, Lumia 650 menggunakan kamera hadapan 5-megapixel dengan lensa rakaman-luas, serta kamera belakang 8-megapixel.

Dari segi pemprosesan, ia dijana menggunakan Snapdragon 212, yang mana mungkin tidak digemari ramai pengguna memandangkan prestasinya yang agak terhad.

Microsoft mengatakan mereka akan memasarkan Lumia 650 ini di beberapa pasaran bermula daripada 18 Februari ini pada harga jualan $199 (~RM822).

Beberapa laporan sebelum ini telah mengatakan Lumia 650 akan menjadi telefon pintar keluarga Lumia yang dikeluarkan pada tahun ini. Sekiranya ia benar, maka mungkin pihak Microsoft mempunyai perancangan baru untuk pengeluaran peranti Windows 10 Mobile mereka – atau mungkin juga kita akan mendengar mengenai Surface Phone yang telah diura-ura sebelum ini.


TIPS & ULASAN