Cari @ Amanz

Meizu pada tahun lepas telah memperkenalkan telefon pintar mereka yang dijana menggunakan sistem operasi Ubuntu, iaitu Meizu MX4 Ubuntu Edition. Terkini, Meizu hadir dengan sebuah teaser pada akaun Twitter mereka, memperlihatkan mereka akan umumkan sesuatu berkaitan Ubuntu pada minggu hadapan di MWC 2016.

Ia tidak diketahui apakah yang bakal Meizu umumkan, tetapi berkemungkinan kita akan dapat melihat sebuah peranti baru yang dijana berasaskan kepada Ubuntu Phone diumumkan oleh pihak Meizu bersama-sama Canonical.

Jikalau berdasarkan kepada konsep pihak Meizu sebelum ini, kita mungkin akan dapat melihat penggunaan peranti flagship mereka yang berasaskan Android ditukar ganti menggunakan sistem operasi Ubuntu Phone. Jika ya, maka ia mungkin adalah versi Meizu Pro 5 yang menggunakan Ubuntu Phone – atau mungkin juga pihak Meizu ada kejutan lain.

Meizu Ubuntu Phone

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd