Cari @ Amanz

Samsung Electronics hari ini akhirnya telah pun mengumumkan pengenalan kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk peranti GALAXY mereka. Menurut Samsung, peranti Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge akan menerima kemaskini Android 6.0 Marshmallow bermula hari ini.

Samsung Galaxy S6

Samsung mengatakan mereka akan menawarkan lebih maklumat berkaitan kemaskini Android 6.0 Marshmallow – terutamanya berkenaan latar masa pengenalan kemaskini berkenaan.

Android 6.0 Marshmallow membawakan beberapa penambah-baikkan, termasuk sokongan Google Now On Tap yang memudahkan pencarian info pada sebarang aplikasi, penawaran masa penggunaan bateri yang lebih lama, kebolehan kawalan kebenaran aplikasi, dan beberapa fungsi lain lagi.

Bagi anda yang menggunakan Samsung Galaxy S6 atau Galaxy S6 Edge, anda boleh menyemak peranti anda sama ada telah menerima kemaskini berkenaan ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd