Cari @ Amanz

Pada platform Android, terdapat sejumlah aplikasi yang ditawarkan untuk pengurusan gambar. Seperti ramai sedia maklum, Nexus 6P menyertakan Google Photos secara terbina, dan bagi mereka yang inginkan sedikit kelainan, anda mungkin ingin mencuba beberapa aplikasi berkenaan yang memberikan paparan galeri yang lebih cantik dan tersusun.

QuickPic

QuickPic

QuickPic merupakan salah satu aplikasi galeri yang sangat popular dikalangan pengguna Android, memandangkan ia menawarkan antaramuka yang minimalis, dan memudahkan pengguna untuk melayari gambar melalui paparan folder ataupun mengikut tarikh yang dirakamkan. QuickPic turut mempunyai integrasi awan untuk memudahkan anda menyimpan gambar dan mendapatkannya kembali apabila beralih ke peranti baru.

Focus

Focus

Focus merupakan satu lagi aplikasi galeri yang popular, menawarkan sokongan tag untuk anda menguruskan gambar. Anda boleh tag sesuatu gambar dengan beberapa kata kunci, dan ia akan memudahkan pengurusan dan pencarian gambar pada masa akan datang. Pengguna juga turut boleh menyembunyikan beberapa gambar yang dianggap peribadi pada aplikasi ini, dan memerlukan PIN khusus dimasukkan sebelum dapat melihat gambar berkenaan.

Piktures

Piktures

Piktures merupakan satu lagi aplikasi galeri yang hadir dengan rekabentuk yang cantik, selain turut menyertakan sokongan gesture. Aplikasi ini juga turut menyokong paparan GIF, selain seperti Focus, pengguna turut boleh mengaktifkan perlindungan gambar yang memerlukan kata kunci khusus sebelum dapat mengakses gambar tersebut.

MyRoll Gallery

MyRoll

MyRoll Gallery merupakan satu lagi aplikasi yang direkabentuk dengan cantik untuk Android, dan pada masa yang sama menyokong Android Wear. Ia turut menyertakan sokongan penyusunan gambar menggunakan masa, tarikh, dan lokasi – selain turut menyertakan paparan Moments dalam bentuk kolaj.

A+ Gallery

A+ Plus Gallery

A+ Gallery merupakan aplikasi galeri untuk mereka yang inginkan paparan seumpama galeri di iPhone. Anda boleh melihat gambar melalui paparan masa atau koleksi, dan pada masa yang sama turut mengintegrasikan sokongan storan awan daripada Dropbox, Facebook atau Amazon.


Disamping ini, terdapat beberapa aplikasi lain yang turut menawarkan fungsi serupa, seperti – Cyanogen Gallery dan Gallery HD. Bagi anda, selain daripada aplikasi ini, apakah aplikasi lain yang diminati anda untuk pengurusan galeri. Atau anda sudah cukup memadai dengan penggunaan Google Photos sahaja?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd