Pepijat Tahun 1970 iOS Sedang Dibaiki Pihak Apple

Pepijat Tahun 1970 iOS Sedang Dibaiki Pihak Apple

Diterbitkan pada Feb 16, 2016 oleh .

Seperti yang dilaporkan semalam, sekiranya anda menetapkan tarikh peranti iOS ke Januari 1970 ia akan terus gagal berfungsi. Ia akan kekal melakukan boot loop dan anda tiada pilihan lain selain menghantarnya ke kedai untuk dibaiki. Ada beberapa pengguna iOS yang terpedaya dengan grafik yang dihasilkan oleh 4Chan yang mengatakan menetapkan peranti ke tarikh ini akan memberikan mereka rekaan antaramuka retro seakan Apple II.

Pepihat 1970 iOS

Pihak Apple secara rasminya mengakui kewujudan pepijat ini dan sedang menghasilkan kemas kini perisian bagi mengelakkannya berlaku di masa hadapan. Bilakah kemas kini perisian ini akan diberikan tidak pula diketahui. Sehingga kini juga sebab mengapa peranti iOS gagal berfungsi sekiranya tarikh ini dipilih juga masih lagi misteri. Jadi buat masa ini jangan sebarkan grafik 4Chan yang kami sebutkan tadi walaupun hanya sekadar gurauan. Anda mungkin ketawa tetapi mangsa akan terpaksa menanggung kos baik pulih serta kehilangan peranti selama beberapa hari.


TIPS & ULASAN