Video Samsung Galaxy S7 Edge Yang Menunjukkan Kemampuan Kalis Air Tertiris

Video Samsung Galaxy S7 Edge Yang Menunjukkan Kemampuan Kalis Air Tertiris

Diterbitkan pada Feb 16, 2016 oleh .

Tinggal lima hari sahaja lagi dan sekali lagi maklumat mengenai Samsung Galaxy S7 tertiris. Kali ini video yang menunjukkan S7 Edge dengan kemampuan kalis airnya diperlihatkan. Video adalah dari Samsung Indonesia dan jelas menunjukkan S7 Edge mampu berfungsi walaupun ketika hujan lebat. Ini mengesahkan maklumat yang tertiris beberapa minggu lalu oleh Mobile Review yang mengatakan peranti keluarga Galaxy S7 mempunyai ketahanan IP78. Sebagai peminat peranti dengan kemampuan kalis air, ini amat mengujakan kami. Diharap harga jualannya kelak akan kekal seperti tahun lalu walaupun dengan kejatuhan nilai matawang negara. Adakah anda juga turut teruja?


TIPS & ULASAN