Carian
Nexus 6P Berwarna Emas Ditemui Di Malaysia – Mungkinkah Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi?
February 16, 2016 Aman

Huawei Malaysia sebelum ini telah mula menjual Nexus 6P di pasaran Malaysia, sekaligus menjadikan ia salah satu telefon pintar Nexus yang memasuki pasaran tempatan dengan pantas. Ketika penawaran awal, hanya warna asas sahaja yang hadir, dan kini dilihat berkemungkinan warna emas turut akan dilancarkan.

Nexus 6P merupakan telefon pintar daripada Huawei dan Google yang menawarkan pengalaman penggunaan Android asli, dan skrin bersaiz 5.7-inci, – serta menyertakan beberapa ciri-ciri baru termasuk pengimbas cap jari dan USB Type-C.

Google Nexus 6P

Nexus 6P berwarna emas ini ditemui kami ketika sesi khusus bersama Huawei Malaysia hari ini. Ia tidak diketahui lagi sama ada Nexus 6P berwarna emas ini akan dijual di pasaran tempatan ataupun sebaliknya.

Jika ia dijual di Malaysia, adakah anda akan mendapatkannya, atau lebih gemar dengan warna perak yang sedia ditawarkan?

Komen