Cari @ Amanz

MixRadio merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang telah dimulakan oleh Nokia, dan seterusnya beralih kepada Microsoft selepas pengambil-alihan Nokia oleh Microsoft. Ia kemudiannya diambil-alih oleh LINE, sebuah syarikat yang terkenal dengan arena permesejan.

Nokia Music - Mix Radio

Walaubagaimanapun, persaingan sengit dalam arena penstriman muzik membuatkan MixRadio gagal bersaing dengan sihat, dan kini LINE mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan berkenaan.

LINE sendiri mengatakan mereka sukar bersaing dengan yang lain, membuatkan mereka terpaksa menutupnya memandangkan ingin mengurangkan kos perbelanjaan mereka.

Seperti ramai sedia maklum, walaupun MixRadio telah dilancarkan di Malaysia beberapa tahun lepas, ia masih kurang popular dikalangan pengguna. Pengguna lebih gemar menggunakan perkhidmatan daripada penyedia terkemuka seperti Spotify untuk tujuan yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd