Cari @ Amanz

LG mempunyai penawaran peranti dengan stylus sejak daripada tahun 2014 yang lepas – bermula daripada LG G3 Stylus. Pada tahun lepas, mereka telah hadir dengan LG G Stylo dan LG G4 Stylus. Terkini, hari ini, lebih awal daripada pengumuman LG di MWC 2016, mereka telah memperkenalkan LG Stylus 2.

LG agak aktif sepanjang minggu ini, dimana mereka telah hadir dengan beberapa teaser untuk LG G5, pengumuman LG siri-X, dan kini telah memperkenalkan LG Stylus 2.

LG Stylus 2

LG Stylus 2 hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci menggunakan paparan 720p, cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, memori 1.5GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Peranti ini turut hadir dengan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

LG Stylus 2 ini hadir dengan Android 6.0 Marshmallow, serta dilengkapi sokongan stylus untuk input. LG menyertakan beberapa fungsi khusus untuknya, termasuk paparan khusus sekiranya tertinggal stylus, serta hadir dengan sokongan lakaran yang baik, termasuk font untuk tulisan kaligrafi.

Harga dan tarikh jualannya masih tidak diumumkan oleh pihak LG buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd