Cari @ Amanz

honor Malaysia telah memulakan pra-tempahan untuk telefon pintar terbaru mereka, honor 5X secara rasminya di Malaysia sejak pukul 12 tengah hari ini, dan daripada maklumat awal yang kami terima, ia telah ditempah lebih daripada 3000 unit setakat ini.

Bercakap mengenai honor 5X, ia merupakan telefon pintar berspesifikasi pertengahan terkini daripada honor. Hadir dengan rekaan premium berasaskan kepada logam, dan turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari bersama-sama dengannya.

honor 5x

honor 5X hadir dalam dua variasi penawaran, dimana warna perak dan kelabu ditawarkan pada harga RM899, sementara warna emas pula dijual pada harga RM939. Dari segi spesifikasi, telefon pintar dengan skrin 5.5-inci ini dijana menggunakan cip Snapdragon 615, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan turut dilengkapi sokongan dwi-SIM serta slot mikro-SD.

Pra-tempahan lebih daripada 3000 unit ini boleh dikatakan salah satu pencapaian yang baik untuk pihak honor Malaysia. Bagi anda yang masih berminat untuk mendapatkannya, anda boleh membuat tempahan melalui laman VMall, Lazada dan beberapa penjual lain yang turut menawarkannya secara rasmi di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd