Vaio Dijangka Bergabung Dengan Bahagian PC Toshiba Dan Fujitsu Menjelang Penghujung Mac

Vaio Dijangka Bergabung Dengan Bahagian PC Toshiba Dan Fujitsu Menjelang Penghujung Mac

Diterbitkan pada Feb 16, 2016 oleh .

Sony sebelum ini telah mengasingkan bahagian PC mereka kepada VAIO Corp pada tahun 2014 lepas. Lanjutan daripadanya, beberapa produk telah dikeluarkan, dan kini dalam usaha menjadi gergasi pengeluar produk PC, VAIO dilaporkan akan bergabung dengan bahagian PC Toshiba dan juga Fujitsu.

Desas-desus berkaitan dengan hal ini telah kedengaran sejak beberapa bulan lepas. Melalui gabungan tiga syarikat ini, ia akan membolehkan mereka bersaing dengan lebih efisyen, disamping mengurangkan kesan negatif disebabkan oleh krisis kewangan.

Gabungan ini juga kelak akan memberikan akses kepada pelbagai saluran pemasaran, teknologi yang dalam kajian, dan juga pengeluaran dan penjualan produk kepada pengguna. VAIO dijangka mempunyai pegangan paling tinggi dalam syarikat gabungan ini kelak.

Pengumuman berkaitan dengan gabungan ini dijangka akan dilakukan pada penghujung bulan Mac 2016 kelak, sekaligus menjadikan syarikat gabungan ini dalam kedudukan nombor satu di pasaran Jepun, menewaskan syarikat gabungan Lenovo-NEC dalam pasaran komputer peribadi.


TIPS & ULASAN