Harvey Norman Malaysia Hadir Dengan Komputer Riba 2-Dalam-1 Tersendiri

Harvey Norman Malaysia Hadir Dengan Komputer Riba 2-Dalam-1 Tersendiri

Diterbitkan pada Feb 16, 2016 oleh .

Harvey Norman Malaysia merupakan salah satu kedai yang menawarkan pelbagai produk dan barangan IT melalui rangkaian kedai mereka seluruh negara. Terkini, mereka turut memperluaskan portfolio mereka dengan memperkenalkan sebuah komputer riba tersendiri, dinamakan sebagai Charge Plus 2-in-1.

Harvey Norman Malaysia bekerjasama dengan Intel malaysia dan Microsoft Malaysia dalam hadir dengan Charge Plus 2-in-1 ini, yang mana telah dibangunkan khusus berdasarkan permintaan tempatan.

Charge Plus 2-in-1

Charge Plus 2-in-1 menggunakan skrin bersaiz 11.6-inci yang boleh dihubungkan kepada papan kekuncinya ataupun digunakan secara berasingan sebagai tablet. Ia dijana menggunakan cip Intel Atom Z8300, memori 2GB DDR3L RAM, dan ruangan storan 64GB. Pihak Harvey Norman turut menyertakan perisian Microsoft Office 365 dan juga Dewan Eja pada komputer riba 2-dalam-1 ini.

Charge Plus 2-in-1 akan dijual pada harga RM1899, dan boleh didapati daripada kedai Harve Norman Malaysia atau kedai atas-talian mereka.


TIPS & ULASAN