Cari @ Amanz

HTC terkini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Keeper Security, iaitu syarikat disebalik aplikasi Keeper yang mana menawarkan sokongan pengurusan kata laluan melaluinya. Melalui kerjasama ini, HTC akan menyertakan aplikasi ini secara terbina pada peranti terpilih HTC pada tahun ini.

HTC One M8 vs One M9

Menggunakan aplikasi Keeper ini, pengguna peranti HTC akan dapat menggunakannya dalam menjana kata laluan yang sukar untuk digodam atau diteka, dan diuruskan melalui aplikasi khusus berkenaan. Ia turut dikatakan sekuriti data pengguna lebih terjamin melalui penggunaan aplikasi ini.

Kerjasama seumpama ini bukan sesuatu yang baru, dimana sebelum ini beberapa pembangun aplikasi telah mengumumkan kerjasama dengan pengeluar peranti dalam usaha menyertakan aplikasi dan perkhidmatan mereka secara terbina, sekaligus memberikan beberapa nilai-tambahan kepada pengguna.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd