Cari @ Amanz

Sony adalah juara sensor kamera terbaik sepanjang 2015. Lima peranti pintar dengan kamera terbaik tahun lalu menggunakan kamera buatan mereka. Aneh sekali dalam kegunaan sebenar, kami kurang berpuas hati dengan kualiti gambar yang diambil menggunakan Xperia Z5 yang menggunakan sensor IMX300 yang dikatakan paling bagus pernah mereka hasilkan. Sony baru sahaja melancarkan sensor terbaru mereka IMX318 di bawah keluarga Exmor RS mereka.

Exmor-RS-IMX318

Ia adalah sensor 22.5 Megapixel sebesar 1/2.6 inci dengan setiap pixel sebesar 1.0μm. Walaupun saiz pixel adalah lebih kecil berbanding IMX240 (1.12 μm) yang digunakan pada Galaxy S6, Sony mendakwa kualiti gambar tidak akan terjejas kerana pengoptimasian yang dilakukan. Di dalam dunia sensor kamera, saiz pixel yang lebih besar akan menjamin kualiti gambar yang lebih baik. Sebagai perbandingan kamera Ultrapixel HTC mempunyai saiz pixel 2.0 μm. IMX318 turut dilengkapi sistem penstabilan elektronik 3 paksi yang mengurangkan gegaran ketika video diambil, sistem pemfokusan hibrid (PDAF + Contrast Detection AF) menyokong rakaman 4K 30FPS dan RAW. Ia akan mula memasuki pasaran pada Mei 2016 dan kemungkinan besar akan muncul pada Xperia Z6.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd